Thursday, August 23, 2007

SEJARAH SEKOLAH
Penubuhan SMK Tun Fuad Stephens (SMKTFS) diilhamkan oleh En. Mohd Aslie Luttah, Penyelia Kanan Sekolah– sekolah, Pejabat Pelajaran Negeri. Kesukaran murid sekolah rendah di kawasan Kiulu melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah mendesak En Aslie dengan bantuan penduduk setempat mengajukan hasrat menubuhkan sebuah sekolah menengah di kawasan Kiulu kepada Mr George Douglas Muin, Pengarah Pendidikan Negeri. Ekoran daripada itu juga, beberapa buah sekolah rendah di kawasan Kiulu didirikan untuk menambah jumlah pelajar ke sekolah menengah yang baru kelak.

1968
Persekolahan sekolah menengah di Kiulu dimulakan dengan menggunakan bangunan General Primary School (GPS) Kiulu dengan menggunakan nama General Junior Secondary School (GJSS), Kiulu.
Cikgu Awang Mohdzar bersama-sama Mr. Veron Skinner (anggota American Peace Corp.) mula bertugas di GJSS, Kiulu
Seramai 65 orang pelajar memulakan persekolahan di sekolah menengah di dua kelas Bridge one.

1969
Hanya 40 peratus daripada pelajar Bridge one pada tahun 1968 lulus dan naik ke tingkatan satu. Pelajar yang gagal ditempatkan di Bridge Two.
GJSS menerima beberapa orang guru seperti Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Vaserkaran, Cikgu Arjan Singh dan Cikgu Segeran.

1970
Sukan Tahunan sekolah GJSS, Kiulu dimulakan

1971
Pengetua pertama Cikgu Awang Mohdzar berpindah ke SMK Membakut dan digantikan oleh Cikgu Jaidun Julang

1972
Nama GJSS ditukar kepada SMK Kiulu
Pengetua, Cikgu Jaidun Julang digantikan oleh Cikgu Abdul Rahman Hj Samad (1972—1981)
Rancangan Malaysia ke –3 mensasarkan lebih banyak penubuhan sekolah rendah dan sekolah menengah baru dalam tempoh 10 tahun.
Kerja-kerja pembinaan bangunan baru SMK Kiulu dimulakan dengan kos pembinaan dibiayai oleh Bank Dunia.

1979
Bangunan baru SMK Kiulu siap dibina yang terdiri daripada 4 blok bangunan termasuk bilik darjah, asrama, dewan dan bengkel seni perusahaan (Kemahiran Hidup). Selain itu sebuah flat guru, tiga buah banglo dan rumah artisan juga dibina.
Sebelum bangunan baru ini dibina, sekolah hanya menyediakan kelas sehingga tingkatan tiga sahaja kerana kekurangan bilik darjah. Oleh yang demikian, pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke tingkatan empat akan berpindah ke SMK badin atau SM. St John, Tuaran.

1982
Bangunan ini telah dirasmikan oleh Datuk Harris Mohd Salleh pada 6 April 1982. Serentak dengan itu, nama sekolah telah ditukar kepada SMK Tun Fuad Stephens, Kiulu mengambil nama bekas Ketua Menteri sabah dan Adun Kiulu yang terkorban dalam nahas kapal terbang pada Jun 1976.

1982
Puan Martha Anthony Bongkok, anak watan Kiulu menggantikan Encik Abdul Rahman Samad sebagai pengetua.


1983
Puan Martha berpindah ke SMK Tenghilan. Pengetua baru adalah En. Bolkas Hasbolah


1984
En. Awang Tusin Osman menjadi pengetua ke-6 menggantikan En. Bolkas Hasbollah


1985
SMKTFS menjadi Naib Johan pertandingan kebersihan sekolah Pantai Barat Selatan


1986
En Omar Abdul menjadi pengetua


1987
En Adenan Deraman menjadi pengetua kelapan menggantikan En Omar Abdul


1989
En. Asnan Mohd Zain menjadi pengetua ke-9 sehingga tahun 1994


1992
SMKTFS dicalonkan dalam Anugerah Sekolah Keceriaan peringkat negeri
SMKTFS memenangi Anugerah Sekolah Harapan Negara (Kategori Luar Bandar)
SMKTFS menjadi johan Keceriaan Peringkat Negeri
Peserta pertandingan pendidikan keselamatan jalanraya SHELL peringkat negeri mendapat tempat keempat


1994
Pemantun sekolah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Pesta Pantun Peringkat negeri
Puan Martha Anthony Bongkok menggantikan En Asnan sebagai pengetua.


1995
Puan Martha berpindah ke SM. Lok Yuk Kudat. Beliau digantikan oleh En. Matshah Abdul Hamit


1999
Pengetua, En. Matshah Abdul Hamit bersara
SMKTFS dicalonkan dalam Anugerah 3K peringkat kebangsaan


2000
Tuan Haji Mat Yunus Awang menjadi pengetua
Kelas sains tingkatan 4 dibuka dengan jumlah pelajar seramai 25 orang


2002
Pusat Sumber sekolah mendapat Anugerah Pusat Sumber Cemerlang, kategori sekolah luar Bandar peringkat kebangsaan


2003
Kelas tingkatan enam dibuka. Seramai 49 pelajar memulakan persekolahan di tingkatan 6 rendah.


2004
Puan Martha Bongkok menjadi pengetua sekolah untuk kali yang ketiga

No comments: